Kenapa anda mengambil makanan secara berlebihan? Sesetengan orang
mengambil makanan secara berlebihan kerana mengalami masalah emosi.
Tertekan, marah, kecewa, ingin melupakan seseorang dan pelbagai
perasaan yang boleh mencetus sebab untuk terus makan. Dan akhirnya,
anda bukannya getting better, but you are getting bigger.

Kajian telah menunjukkan bahawa ramai orang yang mempunyai berat
badan berlebihan menghadapi kesukaran untuk mengawal makanan ketika
keadaan emosi terganggu. Asas yang mudah adalah, dalam keadaan emosi
terganggu, kita cenderung untuk tidak berfikir secara rasional.

Berikut merupakan beberapa langkah untuk mengawal keadaan ini.

1. Anda seharusnya berhenti sekejap sebelum mengambil makanan ketika
anda sedar bahawa emosi anda tergangu ketika itu.

2. Tanya diri anda, kenapa terlalu banyak makanan yang anda ambil
pada ketika itu.

3. Awasi diri anda sekiranya anda makan bukannya pada waktu yang
sepatutnya anda makan. Apakah yang mendorong anda untuk makan?

Sekiranya amalan mengambil makanan ketika emosi terganggu terus
diamal, lama-kelamaan anda menjadikan amalan pemakanan ini sebagai
cara mudah untuk merawat emosi anda. Kesannya adalah pengambilan
kalori ke dalam badan anda akan menjadi tidak terkawal.



--
Panduan Komprehensif Diet & Langsing- Informasi Lengkap Tentang Amalan Diet
Untuk Langsing Dan Sihat
http://panduan.perfectslimdiet.com/

" Langsing Dan Sihat Secara Semulajadi"

PerfectSlim Dot Com
No. 8 Taman Sutera
43000 Kajang Selangor.
+0148578187